Search This

Monday, February 28, 2011

Isu Logo Halal: Apa Cerita?

Dilaporkan hasil kajian oleh unit khas Utusan Malaysia mendapati bahawa amat banyak makanan harian yang paling biasa dimakan atau dijual dijual di pasar raya; jelas tidak halal dan sangat meragukan. Bahkan yang telah diharamkan pun masih dijual bebas secara berleluasa.

Di samping itu ada barang makanan yang dinyatakan 'halal' oleh pengusaha makan tetapi tiada dalam senarai 'Halal Jakim' ; namun terpampang logo 'halal Jakim' pada bungkusan makanan tersebut.
Adakah memang salah pengusaha makanan memalsukan logo 'halal' atau pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang gagal menjalankan tugas?

Dalam konteks orang Islam, umumnya makanan tidak halal itu cenderung merujuk sebarang unsur yang berkaitan babi, minyaknya, gelatin babi serta dari binatang yang tidak disembelih dengan kaedah yang sah di sisi agama Islam.

Jika memakan hasil sembelihan tanpa kaedah Islam yang betul, maka ia setaraf memakan haiwan yang mati iaitu dianggap sebagai bangkai.

Saya khuatir, kelemahan penguatkuasaan, pemantauan dan kegagalan mematuhi garis panduan ini akan menimbulkan empat perkara :

a) keresahan pengguna, perasaan benci dan marah yang terpendam di hati oleh umat Islam terhadap pengeluar atau pengusaha makanan bukan Islam. Kemarahan terpendam ini boleh mengancam keselamatan negara, walhal mungkin ada pengusaha yang benar-benar telus dan berusaha memenuhi kriteria halal yang diperlukan. Isu halal dan haram ini amat sensitif.

b) hilang dan luntur kepercayaan rakyat terhadap institusi Islam seperti Jakim dan agensi-agensi penguatkuasa yang di bawah kelolaan kerajaan, yang memberi kesan terhadap pemerintahan negara. Sepatutnya menteri yang berkaitan kepenggunaan dan bidang hal ehwal umat Islam perlu proaktif akan perkara ini.

c) Sepatutnya Malaysia menjaga statusnya sebagai negara Islam yang dibanggakan oleh negara luar apabila menjadi 'Halal Hub' di rantau Asia. Kegagalan Malaysia mengurus dan menjaga status makanan halal bagi rakyat sendiri dikhuatiri akan merosakkan reputasi negara dan merencatkan penglibatan pelabur-pelabur dari Timur Tengah dan lain-lain negara Islam dalam industri pemakanan negara.

d) Penyalahgunaan logo halal dari pelbagai agensi Islam secara berleluasa termasuk 60 peratus logo halal Jakim akan boleh merangsangkan lagi pengusaha makanan atau pemilik pasar raya yang majoritinya bukan Islam untuk mengambil jalan mudah, melanggar undang-undang dan mengenepikan soal 'halal dan haram'; yang boleh mewujudkan konflik agama dengan majoriti umat Islam dalam negara ini. Ini amat merbahaya, dan sesungguhnya mencegah dari awal itu lebih baik untuk mengelakkan nasi menjadi bubur.

Semoga pihak kerajaan, agensi berkaitan dan pengusaha industri makanan, mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini demi kebaikan dan keharmonian semua secara bersama; juga diharap pemilik dan pengusaha makanan bukan Islam yang jujur dan mematuhi undang tidak menjadi mangsa prejudis kerana konflik ini.

Saturday, February 26, 2011

Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka hari ini (26 Feb 2011) dan esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar berkata waktu operasi adalah seperti hari biasa.

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

Oleh itu, wahai pesalah-pesalah trafik, tunggu apa lagi pergunakanlah kesempatan ini untuk menjelaskan saman anda. Jangan tunggu sehingga nama anda di senaraihitam kerana masalah lain pula yang akan datang nanti.

Saya telahpun berjaya menjelaskan semua saman sejak 2006 dengan diskaun sebanyak 50% setelah dua kali berasak dalam barisan yang panjang di bawah terik matahari. Terima kasih PDRM dan Kerajaan malaysia kerana pemberian diskaun tersebut.

Wednesday, February 2, 2011

SEMAK SAMAN POLIS

Melalui inisiatif kerajaan elektronik , Kerajaan Malaysia melalui MAMPU telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan kerajaan melalui satu gerbang sms elektronik . Melalui sistem itu , rakyat bakal menikmati satu dimensi baru dalam urusan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM , JPJ , JPN, LHDN dan sebagainya.

Untuk perkhidmatan menyemak saman trafik , kini boleh dilakukan dengan satu SMS sahaja . Caranya ialah:

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada DAPAT

contoh : POLIS SAMAN 89XXXXXXXXXX hantar kepada DAPAT



Untuk mendapatkan butiran yang lengkap tentang saman untuk dihantar ke email , berikut adalah caranya:

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] dan hantar kepada DAPAT

Contoh : POLIS SAMAN sukasaman@gmail.com dan hantar ke DAPAT

DAPAT ialah ringkasan kepada 32728