Search This
Monday, July 23, 2012
Monday, August 22, 2011
Bertaqwalah Kepada Allah S.W.T.
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.
Riwayat Muslim
Huraian Hadith:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah S.W.T.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan martabat kemuliaan manusia itu sendiri.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Monday, February 28, 2011
Isu Logo Halal: Apa Cerita?
Di samping itu ada barang makanan yang dinyatakan 'halal' oleh pengusaha makan tetapi tiada dalam senarai 'Halal Jakim' ; namun terpampang logo 'halal Jakim' pada bungkusan makanan tersebut.
Adakah memang salah pengusaha makanan memalsukan logo 'halal' atau pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang gagal menjalankan tugas?
Dalam konteks orang Islam, umumnya makanan tidak halal itu cenderung merujuk sebarang unsur yang berkaitan babi, minyaknya, gelatin babi serta dari binatang yang tidak disembelih dengan kaedah yang sah di sisi agama Islam.
Jika memakan hasil sembelihan tanpa kaedah Islam yang betul, maka ia setaraf memakan haiwan yang mati iaitu dianggap sebagai bangkai.
Saya khuatir, kelemahan penguatkuasaan, pemantauan dan kegagalan mematuhi garis panduan ini akan menimbulkan empat perkara :
a) keresahan pengguna, perasaan benci dan marah yang terpendam di hati oleh umat Islam terhadap pengeluar atau pengusaha makanan bukan Islam. Kemarahan terpendam ini boleh mengancam keselamatan negara, walhal mungkin ada pengusaha yang benar-benar telus dan berusaha memenuhi kriteria halal yang diperlukan. Isu halal dan haram ini amat sensitif.
b) hilang dan luntur kepercayaan rakyat terhadap institusi Islam seperti Jakim dan agensi-agensi penguatkuasa yang di bawah kelolaan kerajaan, yang memberi kesan terhadap pemerintahan negara. Sepatutnya menteri yang berkaitan kepenggunaan dan bidang hal ehwal umat Islam perlu proaktif akan perkara ini.
c) Sepatutnya Malaysia menjaga statusnya sebagai negara Islam yang dibanggakan oleh negara luar apabila menjadi 'Halal Hub' di rantau Asia. Kegagalan Malaysia mengurus dan menjaga status makanan halal bagi rakyat sendiri dikhuatiri akan merosakkan reputasi negara dan merencatkan penglibatan pelabur-pelabur dari Timur Tengah dan lain-lain negara Islam dalam industri pemakanan negara.
d) Penyalahgunaan logo halal dari pelbagai agensi Islam secara berleluasa termasuk 60 peratus logo halal Jakim akan boleh merangsangkan lagi pengusaha makanan atau pemilik pasar raya yang majoritinya bukan Islam untuk mengambil jalan mudah, melanggar undang-undang dan mengenepikan soal 'halal dan haram'; yang boleh mewujudkan konflik agama dengan majoriti umat Islam dalam negara ini. Ini amat merbahaya, dan sesungguhnya mencegah dari awal itu lebih baik untuk mengelakkan nasi menjadi bubur.
Semoga pihak kerajaan, agensi berkaitan dan pengusaha industri makanan, mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini demi kebaikan dan keharmonian semua secara bersama; juga diharap pemilik dan pengusaha makanan bukan Islam yang jujur dan mematuhi undang tidak menjadi mangsa prejudis kerana konflik ini.
Saturday, February 26, 2011
Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar berkata waktu operasi adalah seperti hari biasa.
"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.
"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.
Oleh itu, wahai pesalah-pesalah trafik, tunggu apa lagi pergunakanlah kesempatan ini untuk menjelaskan saman anda. Jangan tunggu sehingga nama anda di senaraihitam kerana masalah lain pula yang akan datang nanti.
Saya telahpun berjaya menjelaskan semua saman sejak 2006 dengan diskaun sebanyak 50% setelah dua kali berasak dalam barisan yang panjang di bawah terik matahari. Terima kasih PDRM dan Kerajaan malaysia kerana pemberian diskaun tersebut.
Wednesday, February 2, 2011
SEMAK SAMAN POLIS
Untuk perkhidmatan menyemak saman trafik , kini boleh dilakukan dengan satu SMS sahaja . Caranya ialah:
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada DAPAT
contoh : POLIS SAMAN 89XXXXXXXXXX hantar kepada DAPAT
Untuk mendapatkan butiran yang lengkap tentang saman untuk dihantar ke email , berikut adalah caranya:
POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] dan hantar kepada DAPAT
Contoh : POLIS SAMAN sukasaman@gmail.com dan hantar ke DAPAT
DAPAT ialah ringkasan kepada 32728
Wednesday, October 10, 2007
My Calendar
************************************************************************************************************
Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
Ini adalah diet Rasullulah SAW. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanan dan amalan pemakanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (contohnya koktel)
PETUA CARA MAKAN
Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
Jangan sesekali tinggal makan malam . barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sukar. Tapi, kalau tak percaya. cubalah· Kesannya tidak dapat dalam jangka pendek tetapi akan dirasai apabila kita sudah tua nanti.Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan merosakkan usus kita.
Al-Quran juga mengajarkan kita agar menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis cecair percerna makanan)
Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Sama-samalah kita mengamalkannya.
Sabda nabi,
”Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”
Wallahua'lam !
************************************************************************************************************